what a bitch…

This is TinTin, Janice’s family female canine companion.

Janice's dog, Tin Tin

This is a sensitive part of my thigh which was rather fair and flawless before TinTin attacked and stuck her claw in.

Clawed by Tin Tin

You have a great weekend too.

kacau aje… jangan tangkap gua…!

Belog hari ini akan ditaip dalam Bahasa Malaysia. Saya meminta maaf kepada pembaca belog ini yang tidak tahu membaca dalam Bahasa Malaysia, tetapi kerana mereka tidak akan erti apa yang saya tengah tulis, saya agak mereka tidak akan tahu yang saya tengah mohon maaf.

Itulah… ini semua pasal Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya takut mereka akan denda saya sesuka hati. Walaupun kebarangkalian saya akan kembali menulis dalam Bahasa Inggeris esok, saya tetap ingin membuktikan bahawa belog saya memiliki ciri-ciri patriotik yang amat dialu-alukan.

(Habis, kalau kena denda, siapa nak bayar? Bukan aku…)

Baiklah…

Chup. Saya ingin mengingatkan pembaca belog ini bahawa penguasaan Bahasa Malaysia saya adalah setengah selepas enam dan kian merosot. Ini bukannya salah saya tetapi salah George Soros, kerana negara ini sememangnya suka menyalahkan orang lain atas masalah-masalah yang tidak dapat dikawal. George Soros adalah orang kaya, biarlah dia menanggung akibat kemerosotan penguasaan Bahasa Malaysia saya.

Seterusnya…

Semalam saya menikmati hidangan Korean BBQ di Bandar Puteri, Puchong bersama kawan-kawan saya atas jemputan Hayanna dan teman lelakinya Mer Vyn. Malang sekali kita tidak dapat bertemu dengan Hayanna kerana dia terpaksa kerja lebih masa. Mer Vyn pula berada di restoran itu, dan menerima kita dengan baik sekali. Saya sebenarnya kenal Mer Vyn dari dahulu — kita adalah orang sekampung. Muka dia pula sebiji serupa sepupu-sepupunya. Itulah sebab saya boleh mengecam Mer Vyn dari jauh.

Hidangan Korean BBQ sedap dan lazat. Anda boleh membaca laporan makan malam di belog KY. Jika anda berada di kawasan Bandar Puteri Puchong, kunjungilah restoran Korean BBQ milikan Hayanna sekeluarga serta Mer Vyn. Anda pasti tidak akan menyesal!

Cipet betul nak tulis semua dalam BM. Terhungap-hungap saya bertanya kawan-kawan yang menjadi kamus dwibahasa saya. Tapi sebelum saya meninggalkan pembaca belog saya dalam kaguman yang saya sebenarnya mempunyai bakat yang tidak terhingga, ada satu perkara yang saya tidak puas mengenai Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kita semua tahu bahawa televisyen adalah perantaraan yang amat penting. Ko orang tak tengok tv ke? Tak tengok macam maner dia orang membelasah bahasa Malaysia ke? Apa pula guna perkataan seperti ‘ambisi’? Bila pula ko orang memperkenankan perkataan itu? Kan perkataan yang sebenarnya adalah ‘cita-cita’? Apasal ko orang tak nak tangkap mereka yang menyembelih bahasa pusaka? Haa… jawab… lepas jawab baru boleh denda orang lain. Kalau nak betulkan keadaan BM di negara, jangan selalu ikut bahasa orang Inggeris. Malu tau tak?

Sekian.

me wants to be a lean machine: day 22

According to Kerol’s super duper weighing machine, I’ve lost 3kg.

Yay me.

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Btw read this and tell me you won’t die laughing:

Amir Muhammad on Thursday:
Switch to Boleh and see us move up the ranks

I nearly peed myself.