kacau aje… jangan tangkap gua…!
Belog hari ini akan ditaip dalam Bahasa Malaysia. Saya meminta maaf kepada pembaca belog ini yang tidak tahu membaca dalam Bahasa Malaysia, tetapi kerana mereka tidak akan erti apa yang saya tengah tulis, saya agak mereka tidak akan tahu yang saya tengah mohon maaf.
Itulah… ini semua pasal Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya takut mereka akan denda saya sesuka hati. Walaupun kebarangkalian saya akan kembali menulis dalam Bahasa Inggeris esok, saya tetap ingin membuktikan bahawa belog saya memiliki ciri-ciri patriotik yang amat dialu-alukan.
(Habis, kalau kena denda, siapa nak bayar? Bukan aku…)
Baiklah…
Chup. Saya ingin mengingatkan pembaca belog ini bahawa penguasaan Bahasa Malaysia saya adalah setengah selepas enam dan kian merosot. Ini bukannya salah saya tetapi salah George Soros, kerana negara ini sememangnya suka menyalahkan orang lain atas masalah-masalah yang tidak dapat dikawal. George Soros adalah orang kaya, biarlah dia menanggung akibat kemerosotan penguasaan Bahasa Malaysia saya.
Seterusnya…
Semalam saya menikmati hidangan Korean BBQ di Bandar Puteri, Puchong bersama kawan-kawan saya atas jemputan Hayanna dan teman lelakinya Mer Vyn. Malang sekali kita tidak dapat bertemu dengan Hayanna kerana dia terpaksa kerja lebih masa. Mer Vyn pula berada di restoran itu, dan menerima kita dengan baik sekali. Saya sebenarnya kenal Mer Vyn dari dahulu — kita adalah orang sekampung. Muka dia pula sebiji serupa sepupu-sepupunya. Itulah sebab saya boleh mengecam Mer Vyn dari jauh.
Hidangan Korean BBQ sedap dan lazat. Anda boleh membaca laporan makan malam di belog KY. Jika anda berada di kawasan Bandar Puteri Puchong, kunjungilah restoran Korean BBQ milikan Hayanna sekeluarga serta Mer Vyn. Anda pasti tidak akan menyesal!
Cipet betul nak tulis semua dalam BM. Terhungap-hungap saya bertanya kawan-kawan yang menjadi kamus dwibahasa saya. Tapi sebelum saya meninggalkan pembaca belog saya dalam kaguman yang saya sebenarnya mempunyai bakat yang tidak terhingga, ada satu perkara yang saya tidak puas mengenai Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kita semua tahu bahawa televisyen adalah perantaraan yang amat penting. Ko orang tak tengok tv ke? Tak tengok macam maner dia orang membelasah bahasa Malaysia ke? Apa pula guna perkataan seperti ‘ambisi’? Bila pula ko orang memperkenankan perkataan itu? Kan perkataan yang sebenarnya adalah ‘cita-cita’? Apasal ko orang tak nak tangkap mereka yang menyembelih bahasa pusaka? Haa… jawab… lepas jawab baru boleh denda orang lain. Kalau nak betulkan keadaan BM di negara, jangan selalu ikut bahasa orang Inggeris. Malu tau tak?
Sekian.
Related Posts
- movie: jangan pandang belakang – not that bad leh!
- pimpage: jangan togel by nike football
- duduk kat rumah je lah
- endgame, chat logs
- tiu… where the fuck to hide my face?!?
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Still Japanese foods I prefer… more healthy and more delicious! Yummmmmmmmmyyy!!! WASABI is teh pwn!!
perkataan ‘Cipet’ itu bahasa malaysia ke?
*berpeluh membaca*
Wah lau, ketawa macam siau baca belog anda. terutamanya “cipet”. Saya rasa elok anda gantikan dengan perkataan **ki.
Lebih elok dan sesuai. roflmao
Lucunya.
*tepuk*tepuk* Saya terhibur. Buat lagi
Saya kagum dengan penguasaan BM saudari. Sebenarnya, saya sudah tidak bercakap dan menulis BM selama hampir setahun. Saya memang sedang berpeluh untuk mencari perkataan yang sesuai untuk menulis komen ini. Memang susah. Saya putus asa.
‘…..penguasaan Bahasa Malaysia saya adalah setengah selepas enam dan kian merosot.’
Walau, beh tahan. Teehee-hee!!
Adik Suanie yg amat disayangi,
Dari segi cara adik menulis belog ni, kita boleh tahu bahawa adik dulu mesti pandai berbahasa malaysia ya? Dengan cara sindiran yg tajam tapi lucu bersama dengan intonasi yg tepat dan penghuraian yang teramat lengkap(Contohnye:Cipet), adik dapat menarik buah hati segala pembaca tidak kira umur, bangsa dan status.
Akan tetapi, apa yang adik rasa tentang perkataan “ambisi” itu, kita rasa harus melihat perkara tersebut dari pandangan yg lain. Semua bahasa di dunia ini akan tetap berubah mengikut arus perubahan dari masa ke semasa. Bahasa Malaysia juga tidak dikecualikan. Dalam zaman ini dimana masa itu emas, pertuturan harian telah menjadi semakin ringkas dan tepat. Ini adalah untuk memendekkan dan menyenangkan satu dialog dan memberi para penyampai lebih masa untuk bersedia untuk yg seterusnya. Maka saya berasa bahawa perkataan “ambisi” ini lebih sesuai untuk digunakan seharian daripada perkataan “cita-cita” yg kuno ni. Tetapi jangan hampa wahai suanie yg disayangi, bahasa pusaka ini tetap boleh digunakan dalam pepantun yg menyusuk sanubari generasi kini dan yg akan datang.
Malah, generasi sekarang telah pun mula memendekkan segala macam perkataan. Contohnye ciri-ciri jadi ceciri, kawan-kawan jadi kekawan dan sebagainya. Kalau tak caya, tanya mat rempit kat stesyen minyak yg terdekat.
Tima kasih mendengar keluhan hamba nie. Oh ya hamba pun cina gak.
Yg iklas tapi jauh,
aku
Jamil Bond
Bak. Derk-derk-Allah. Derka derka, Mohammed Jihad. Haka sherpa-sherpa. Abaka-la. Derka derka derka!
[snicker]
Sorry Suan, couldn’t resist…
Cheers,
Ted
KAH KAH KAH… KIH KIH KIH… KYK! (ketawa yang kuat!).
Lawak sungguh kemasukan belog anda kali ini! Saya hampir menangis serta nyaris-nyaris terkencing di dalam seluar membaca seloka anda yang bersahaja tetapi tajam.
Penguasaan bahasa saya juga adalah “setengah selepas enam” meskipun saya berbangsa Melayu. Maklumlah, pergi kesekolah rendah dan menengah yang majoriti muridnya berbangsa Cina.
Di rumah pula sentiasa berbahasa Inggeris dan menonton Wah Lai Toi.
Diharapkan Cik Suanie boleh mengeposkan kemasukan belog di dalam Bahasa Malaysia dari masa ke semasa untuk manfaat pembaca supaya sentiasa membuat ulangkaji.
Tima kacih!
Banyak kesalahan tatabahasa. Jalan cerita tunggang langgang. Buat pembetulan!
Jawab “Tidak” Kepada Penguatkuasaan Penggunaan Bahasa Melayu!
Selamat hujung minggu!
wtf… ambisi…….
Profession = Profesi?
Caution = Causi/Kausi?
Protection = Proteksi?
???
Ketawa Sampai Tergolek Atas Lantai… *sigh* Hilang dalam Translasi
laparnye..
Ehhh… Mer Vyn… abang kawan baik gua. Dah buka restoran. Wooo… Canggihnye.
Memang berpeluh-peluh nak baca belog ini. Memang BM merosot macam sial.
Jangan-jangan Koh Kok Hwa tengah baca belong kau. Nampak kau dapat sindir teruk-teruk di depan orang ramai. Hahaha…
Koh Kok Hwa…. good memories
Oppss, maksud saya memori bagus… err. whatever. wtf
salleh ben joned mengkaji permodenan bahasa melayu ini melalui catatan dalam buku tulisannya bertajuk as i please. pendapat encik joned tentang ‘penyembelihan bahasa pustaka’ digambarkan dengan rekaan sendiri sepatah perkataan melayu baru iaitu ‘bulshitasi’.
salam sayang, delia
sesungguhnya saya amat terhibur dengan cerita suanie pada hari ini. Berikut adalah beberapa lagi perkataan Inggeris yang telah di-Melayukan sejak-dua-menjak terdekat ini:
1- advertensi – advertisement – iklan (on buletin utama before showing petronas ad)
2- kefleksibelan – flexibility (saw it on TV subtitle.. RTM i think)
3- toleransi – tolerate – tolak ansur (ni memang selalu digunakan)
dan macam macam lagi.. language evolvement ke? can’t we come up with our own Malay language, rather than borrowing other people’s language?
nasib baik puasa.. nasib baik hari ni hari Jumaat..
Aymen sista!
oohhh it’s soo hard to read in malay now…. sooo rustyyy
Menurut pensyarah linguistik saya, dalam bahasa Malaysia, cuma 3 perkataan saja yang tidak diambil dari bahasa lain, (Original la tu!!!)
yang lain semuanya ciplak.. oops.. *diubah dari bahasa yang lain. (eng, sanskrit, …)
tukar BI jadi BM? mudah je.. Formulanya :
-tion => si
eg.
action => aksi
intuition=> intuisi
friction=> friksi
precaution=> prekausi
caption=> capsi
portion=> porsi
junction=> junksi
hehe… mula mengarut pula aku ni.
sigh… kalaulah kita pandai *memodifykan* benda lain dari negara barat selain bahasa..
if tion -> si
lansi would be diction!
Kali ini kali pertama saya membaca belog berbahasa Melayu/Malaysia.
Pun juga pertama kali saya komen menggunakan bahasa ini.
Sangat keras (hard!)
hahahaha…cipet
The people from Dewan Bahasa dan Pustaka will be contacting you shortly.
sudah lama kita sekalian tidak berblog ya dalam bahasa kebangsaan.
saya pun pening berfikir perkataan apa untuk diguna…
la la la
kelakar sungguh pos belog kamu ini. tetapi perkataan “cipet” ini mungkin akan menjadikan hati pemeriksa tergerak untuk menolak markah anda. berhati-hati ya?
kacau you only~~~
sotong: I prefer to eat sotong
eyeris: sebagai warganegara malaysia, adalah tanggungjawab kita bersama untuk menonjolkan sifat ‘apara pun boleh’
wingz: nah ambik sapu tangan
Sharon N: **ki? PUKI AR?!?!?!!?!?
Valz: mestilah
lionel: tak berdaya…
Ray: Oh terima kasih… orang muda jangan terlalu cepat putus asa…
duckgirl: heh
Saudara Bond: tabik. saya rasa terpegun dengan penguasaan bm saudara. memandangkan kosa-kata saya terhad, ulasan saya sehingga sini sahajalah.
Ted: hah! I know where that is from
Dean: ohh… patutlah dia orang cakap ‘melayu mudah lupa’… rupa-rupanya keadaan sebegini…
Seahum: fuwah guru bahasa malaysia memberi pandangan beliau! akan saya hargai. bila nak buat lawatan ke kl?
GS: sama-sama
v0ices: kerusi
UnkaLeong: Perkataan yang betul adalah ‘penterjemahan’
KY: makanlah
Alvin: Mestilah! Jangan ingat untuk makan di restoran MV ya! Kalau En. Koh membaca belog ini, pasti dia pengsan
Sharon N: ini nak kena sindir drp Mr. Koh juga ni…
delia: hahaha betul!
Arifah: kalau nak ‘language evolvement’, janganlah asyik ambil dari bahasa inggeris saja. memang buat malu saja… dulu saya belajar b. malaysia di tingkatan enam, saya rasa bahawa bahasa ini mempunyai keistimewaan tersendiri. malangnya kebanyakan orang tidak suka mengguna perkataan-perkataan yang betul dan sesuai akibat terlalu terpengaruh dengan budaya barat. bahasa jiwa bangsa… apalah terjadi kepada bangsa malaysia?
mad: salam!
Boss Stewie: scrub lor
Eri: salah satunya adalah ‘kicap’, bukan?
Chen: so pandai
Nonnie: kalau kat luar, jgn guna ‘keras’ ok.. nanti orang salah fikir hahahah
janice: hahaha cipet bleh
anttyk: good lah, i have some free advise to dispense
reta: cubalah! pasti seronok!
zaid: lama-kelamaan, ‘cipet’ akan diterima dalam kamus dbp
paul: jangan tangkap gua!
tuhanku!
saya belum membaca satu karangan dalam bahasa melayu berapa lama dah. sangat perlahan nak baca DAN faham sama masa…
macam duduk peperiksaan.
Ok, I’ve sorta figured out what you were saying: Korean BBQ is a secret, East Asian WMD designed to completely flummox unsuspecting people who partake of said BBQ, engendering in them the sudden urge to go out and buy KY (jelly?) and sing some song called “Hayana”…. right?!
(see, my BM really is that bad!!! :p)